Sistem Pembelian Alat Kulinari

Dijamin akan memuaskan hati dan menjimatkan wang

Selamat Datang

Sistem ini telah dibangunkan oleh Haziq Khuzairi, saya, untuk kerja kursus ASK 2022/2023. Oleh itu saya berharap anda berpuas hati dengan sistem yang telah saya usahakan ini. Adalah untuk difahami bahawa... saya bukanlah seorang pencipta sistem yang berbakat mahupun berpengalaman. Maka jika terdapat sebarang kesilapan sistem atau bug, mintalah dimaafkan dan diberitahu kepada saya agar saya dapat mengambil pengajaran daripada teguran anda dan memperbaiki diri demi sebarang penghasilan sistem pada masa hadapan. Semoga hari anda baik dan dirahmati.

Pengenalan Sistem

Sistem ini bertemakan alat kulinari dan telah diusahakan oleh saya selama beberapa bulan mengorbankan masa dan usaha saya. Sistem ini juga bertujuan untuk memudahkan pencarian dan pembelian alat-alat kulinari yang berkualiti dan murah.

Kata-kata Pelajar

Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada ibu saya yang telah melahirkan saya, cikgu-cikgu yang telah membimbing saya dan rakan-rakan yang menyokong dan mengganggu saya. Selamat melayari OurCulinary ;)