SISTEM UNDIAN KELAB ROBOTIK SMK TINGGI BATU PAHAT
Kelab Robotik merupakan sebuah kelab yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia teknologi, inovasi dan automasi. Melalui aktiviti kelab ini, pelajar belajar membina, mengendalikan serta memprogram robot dengan menggunakan pelbagai platform seperti Arduino, LEGO Mindstorms, micro:bit dan lain-lain.
Mendedahkan pelajar kepada asas robotik dan teknologi moden melalui pembinaan, pengaturcaraan dan penyelesaian masalah secara praktikal.
Mengembangkan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreativiti, kolaborasi dan komunikasi.
Membentuk minat dan bakat dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).