SISTEM PENGUNDIAN JENAMA TELEFON TERBAIK SMK TINGGI BATU PAHAT
Dalam era digital yang semakin berkembang pesat, pelbagai jenama telefon bimbit muncul di pasaran dengan menawarkan ciri dan teknologi tersendiri. Namun begitu,pengguna sering menghadapi kesukaran untuk menentukan jenama telefon bimbit yang paling dipercayai, popular, dan memenuhi keperluan harian mereka. Kekurangan satu sistem perundian yang sistematik dan telus menyukarkan pengumpulan data yang tepat tentang persepsi dan pilihan majoriti pengguna. Justeru, satu sistem perundian digital diperlukan bagi membolehkan pengguna membuat undian terhadap jenama telefon bimbit pilihan mereka. Sistem ini bukan sahaja dapat membantu pengguna lain membuat keputusan yang lebih bijak, malah memberikan gambaran sebenar tentang kedudukan setiap jenama berdasarkan sokongan pengguna.
Sistem ini bertujuan untuk memudahkan pengguna baharu untuk memilih telefon bimbit yang sesuai serta mengelakkan kekeliruan semasa memilih telefon yang terbaik.